DUN Kelantan lulus usul gubal semula

Kuala Lumpur, Mac.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan usul penggubalan semula 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasakan di negeri terbabit.

Usul itu yang dicadangkan Wan Rohimi Wan Daud (PAS-Melor) dipersetujui semua Adun termasuk dua pembangkang. Speaker Mohd Amar Nik Abdullah berkata usul diluluskan kerana memenuhi tiga syarat iaitu mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Media sebelum ini melaporkan, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Panel sembilan hakim, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, mencapai kesimpulan dalam keputusan majoriti 8-1 bahawa DUN tiada kuasa meluluskan 16 peruntukan dalam enakmen itu kerana kesalahan terbabit dirangkumi bawah undang-undang persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here