Dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun, seorang maut

Alor Setar, Okt 23.
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang dilanggar kereta dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, dekat sini.

Mangsa meninggal dunia dalam nahas dilaporkan kepada polis kira-kira jam 7.05 malam tadi dikenal pasti sebagai Nur Syafiqah Abdullah, 32, manakala kakaknya yang membonceng motosikal terbabit, Nooraliza, 43, cedera.

Difahamkan dua beradik itu peniaga yang beralamat di Kampung Ulu, Kuala Kedah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata nahas berhampiran sebuah stesen minyak itu ketika dua beradik beradik menaiki motosikal dari arah lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here