Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan tiga individu ditahan bantah pengusiran petani

poh – Okt 24.
Empat individu termasuk Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj ditahan polis manakala seorang lagi cedera dalam satu bantahan di Kanthan, Chemor pada Selasa.

Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan berkata, mereka ditahan ketika cuba menghalang pengusiran paksa dan kemusnahan ladang oleh sebuah agensi kerajaan.

Sejak awal pagi petani-petani ini bertelagah dengan pegawai penguat kuasa dan polis ketika cuba mengusir mereka. Dalam kejadian itu, seorang ahli PSM patah gigi akibat terjatuh selepas ditolak pegawai terlibat.

PSM memperjuangkan isu ini dalam menjamin sekuriti makanan negara. Lebih 200 petani menanam pelbagai tanaman untuk pasaran tempatan dan penduduk di kawasan ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Sivarajan berkata, kerajaan negeri gagal melaksanakan janji untuk menggantikan tanah seluas 0.8 hektar sejak 2012.

Kini petani diusir secara paksa mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Mengapa menghalau petani produktif sedangkan mereka telah memohon tanah itu, menunggu dengan sabar dan mematuhi tawaran kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah alternatif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here