‘Jauhi kawasan kebocoran gas amonia di Ara Damansara’

Kuala Lumpur, Okt 25.
Polis meminta orang ramai menjauhkan diri dari kawasan perindustrian di Ara Damansara, berikutan kebocoran gas amonia yang dikesan berlaku malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pada masa ini penduduk dan orang ramai di kawasan berhampiran disaran mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika mengalami sebarang simptom yang mencurigakan.

Pihak polis menerima maklumat kebocoran gas amonia yang berlaku di sebuah kilang memproses ais di kawasan ini, sekitar jam 10.30 malam tadi.

Susulan kejadian itu, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil keputusan menutup keseluruhan kawasan di Perindustrian Jaya, Ara Damansara, bagi mengelak sebarang kejadian lebih buruk berlaku, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here