Pemuda maut kereta masuk longkang

Melaka, Okt 26
Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas ke longkang di Jalan Durian Daun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kemalangan jam 8.50 malam, mangsa Tey Shen Hao, 26, yang tidak bekerja maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sebukor dan memandu kereta Proton Saga dari arah bandar Melaka menghala ke Bukit Baru.

Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan tercampak ke longkang di hadapan Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here