Akhirnya Pelajar Cemerlang Nagulan “Dipelawa” oleh Universiti Perubatan Aimst

Kuala Lumpur, Okt 30.
Murid cemerlang Nagulan A/L Devendiran sekarang dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kedoktoran perubatan.

Sekarang Nagulan dapat nafas baru untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diimpikan sejak bangku sekolah rendah. Walaupun mendapat kepujian cemerlang dalam penilaian Matriculations pada tahun 2022, Nagulan tak dapat masuk ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diidaminya. Permohonanya ditolak oleh IPTA berkenaan dan sebegitu juga dengan IPTA yang lain dicuba olehnya.

Walaupun dapat peluang untuk belajar di IPTA dia tak dapat jurusan yang dimintanya. Malangnya dia hanya dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dia dalam jurusan Pegawai Pemakanan Hospital. Nagulan terkejut dengan tawaran itu. Dia langsung tak mengharap jurusan itu. Dia membuat permohonan ulangan. Selain daripada itu dia pun meghantar surat untuk IPTA yang lain.

Nagulan berasal dari Puchong Perdana. Dia mempunyai cita cita untuk menjadi seorang Doktor Perubatan. Dengan impian itu dia belajar bersungguh sungguh dan selalu menjadi murid cemerlang di sekolah. Di Sekolah dia mengambil jurusan Sains dengan impian itu . Dalam Peperiksaan SPM dia mendapat 8A. Dengan kepujian yang amat memuaskan itu Nagulan melanjutkan pelajaran Matriculations.

Dia mendapat 4.0 dalam peperiksaan itu pada tahun lepas. Nagulan membuat permohonan balik untuk pengambilan IPTA bagi tahun ini. Tetapi kali inipun dia tak dapat dipilih ke jurusan yang dia idami. Nagulan menceritakan kepiluan hatinya kepada Makkal Osai.
Cerita kepiluan Nagulan dalam kesengsaraan untuk mendapat jurusan yang diidaminya itu disiarkan dengan jelas dalam Harian Tamil Makkal Osai pada pertengahan bulan September lalu. Cerita kederitaan Nagulan itu telah menjadi heboh setelah ia disiarkan dalam Makkal Osai. Sejurus berita itu keluar ia mendapat perhatian pihak pihak yang berkenaan. Hakikatnya, Nagulan diminta untuk membuat permohonan balik untuk IPTA.

Hasilnya sekarang dia dipelawa masuk ke Universiti Perubatan Aimst Malaysia. Berita baik disini adalah sekarang Nagulan boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dinanti nantikan itu hampir 2 tahun. Makkal Osai mengucap Tahniah kepada adik Nagulan atas kekuatan tabahnya untuk merialisasikan impian jiwanya itu. Syabas Nagulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here