Klip video promosi nasi kandar dengan lauk babi – PRESMA kesal

Kuala Lumpur, Okt 30.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kesal dengan hantaran klip video yang mempromosi nasi kandar dengan hidangan babi yang tular di media sosial.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata tindakan itu dianggap bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di negara ini yang diketahui dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.

Beliau berkata, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.

“PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.

“Justeru, PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang di dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan supaya lebih sensitif dengan hasil kreatif yang dihasilkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here