Jumlah pekerja asing di Malaysia kini lebih 2.7 juta orang

Kuala Lumpur, Okt 31.
Angaran jumlah pekerja asing sehingga 30 September 2023 adalah lebih 2.7 juta orang.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, jumlah itu merangkumi lebih 1.8 juta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara dan lebih 150,000 pekerja asing yang belum memasuki Malaysia.
Menurutnya, jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 pula adalah seramai 747,167 orang.

Penggunaan pekerja asing adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi sektor-sektor tertentu yang sukar diisi oleh tenaga buruh tempatan.

Berikutan itu, Kerajaan giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi menggalakkan tenaga kerja tempatan menceburi pekerjaan dalam sektor yang didominasi pekerja asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here