Kuala Lumpur, Okt-
Seramai 8.8 juta penerima akan menerima bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula esok, lebih awal daripada jadual asal pada pertengahan November.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi fasa ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori.
“Diharapkan penyaluran Fasa 4 STR 2025 ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujar beliau, jumlah tersebut termasuk 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan bayaran Fasa 4 STR, yang mana penyaluran akan dibuat mulai 13 November depan.





















