Kuala Lumpur, Nov 3.
Kerajaan tidak bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mewajibkan rakyat mengundi, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said.
Katanya, ia selaras Malaysia negara demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat keluar mengundi.
“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak kebebasan diuntukkan kepada setiap warganegara Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya.
“Berlandaskan prinsip tersebut, kerajaan buat masa ini tidak bercadang mewajibkan setiap warganegara Malaysia mengundi,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan
Rakyat.Beliau menjawab pertanyaan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada kerajaan berhasrat meminda Perlembagaan bagi mewajibkan pemilih berdaftar untuk mengundi.




















