Kuala Lumpur, Nov 6.
Syarikat pengurusan bangunan Subang Parade di Subang Jaya, Hektar Property Services Sdn Bhd, mengesahkan tiada kecederaan dan insiden tidak diingini dilaporkan berlaku dalam banjir kilat yang melanda tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu, dekat sini, hari ini.
Dalam satu kenyataan, malam ini, syarikat itu berkata, ia sedang aktif menangani keadaan berkenaan dan memastikan keselamatan pembeli dan pengunjung bangunan terbabit.”Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul akibat banjir dan kami memohon maaf jika ada sebarang gangguan.
“Kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan di Subang Parade supaya kembali kepada seperti sebelum ini,” katanya.




















