Pacuan empat roda terbabas, pemandu maut

Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas di Kilometer 16 Jalan Sungai Ruan-Lembah Klau di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Neng Sai Mun, 28, dari Sungai Ruan di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raub kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada Hospital Raub yang menyatakan satu kemalangan telah berlaku di tempat kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang terbabas sendiri.

Ketika kejadian, katanya, Hilux terbabit dalam perjalanan dari arah Lembah Klau ke Sungai Ruan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here