Suami isteri disyaki dera dua anak direman enam hari

Chukai, Julai-
Sepasang suami isteri dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana disyaki mendera dua anak mereka dalam kejadian di Kampung Jabur Kubur di sini.

Pasangan terdiri wanita berusia 26 tahun dan suaminya 30 tahun terbabit ditahan Polis Kemaman pada jam 8 malam tadi, dibawa ke mahkamah jam 8.30 pagi ini.

Majistret, Sharifah Amirda Shahsa Amir Sharifuddin, membenarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek selama enam hari bermula hari ini hingga 19 Julai.

Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan terhadap mereka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here