Kakitangan awam sambut Deepavali dapat cuti tanpa rekod 14 November

Mother holding a tray of diyas while her daughter looks on

Kuala Lumpur, Nov 7.
Kerajaan bersetuju cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 Nov akan dibawa ke 14 Nov bagi pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu di negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed, berkata perkara itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

“Peruntukan cuti tanpa rekod adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan.

“Namun begitu, kerajaan pada 3 Nov telah bersetuju untuk memberi pengecualian bagi tahun 2023,” katanya dalam surat edaran disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, perkara itu dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun, dan pihak berkuasa tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here