Ubat tak berdaftar lebih RM1.5 juta dirampas

Kuala Lumpur, Nov 8.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) rampas ubat tidak berdaftar dari luar negara.

Aktiviti sindiket penipuan membungkus semula ubat tidak berdaftar itu terbongkar susulan rampasan lebih RM1.5 juta.

Pengarahnya, Dr Sha’ari Ngadiman, berkata hasil maklumat awam, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi JKNS dengan bantuan polis menyerbu tiga premis dijadikan lokasi pembungkusan, penyimpanan, pengedaran dan penjualan ubat tidak berdaftar itu baru-baru ini.

Katanya sindiket itu membungkus semula ubat tidak berdaftar dari luar negara kepada ubat berdaftar keluaran jenama terkenal, sebelum menjualnya di pasaran tempatan.

Antara ubat-ubatan dirampas adalah ubat suntikan insulin untuk kencing manis, ubat rawatan jantung, ubat antikolesterol, ubat rawatan asma, ubat darah tinggi dan ubat titis rawatan mata.

Kes disiasat bawah Akta Jualan Dadah 1952, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan semua klinik dan farmasi memastikan sumber bekalan ubat hanya daripada pemborong berlesen bagi memastikan ubat dijual berdaftar dan diperoleh dari sumber sah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here