Dr Ramasamy berjaya mengumpul derma lebih RM1.52

Georgetown, Nov 9.
Kempen pendanaan awam yang dilancarkan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy, untuk membayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, mencapai sasaran hari ini.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu menerusi laman Facebook, menyampaikan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan padu terhadap dirinya.

“Kami telah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi. Terima kasih atas sokongan memberangsangkan.

“Pendanaan awam dari 2 November pada jam 2.30 petang hingga 9 November, jam 11pagi, 164 jam dan 30 minit. Kurang daripada tujuh hari,” tulisnya yang turut memaklumkan aktiviti kutipan dana itu dihentikan serta merta hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here