Kes lelaki Israel : 16 individu ditahan

Kuala Lumpur, Apr.
Polis secara keseluruhan menahan 16 individu berhubung siasatan kes penemuan enam pucuk pistol terhadap seorang lelaki warga Israel, yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.

Terbaru, polis menahan 12 individu selepas menjalankan siasatan terhadap suspek utama Shalom Avitan, 38; pasangan suami isteri warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun yang menjual pistol kepada Shalom dan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pemandu Shalom.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tiga daripada 12 individu yang ditahan membabitkan dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia.

“Kesemua mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan Cawangan Khas (SB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here