Jurulatih taekwando didakwa amang seksual lima kanak-kanak perempuan

Shah Alam, Nov 10.
Jurulatih taekwando didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tuduhan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan pada September dan Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Munir Zainuddin, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Munir yang juga penuntut sebuah kolej swasta di Lembah Klang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 11 tahun.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here