Polis rampas dadah RM10 juta

Shah Alam,Nov 10.
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh, Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata jenis dadah dirampas ialah ganja seberat 261.766g, heroin (216.051g) dan heroin base (15.498g).

Selain itu, polis menyita empat kenderaan jenis Toyota Vellfire, Honda Stream dan dua Honda City serta menyita sebuah akaun bank dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM269,229,” katanya pada sidang media.

Hussein berkata, semua 10 lelaki warga tempatan ditahan dipercayai ahli sindiket berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun manakala hasil saringan ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah.

Hussein berkata, pihaknya percaya dadah berkenaan diseludup dari negara jiran di sebelah utara dan sindiket itu bergiat aktif mengedar dadah sejak awal Januari tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here