Hukuman mati, penjara sepanjang hayat 11 banduan diganti penjara 30 tahun

Putrajaya, Nov 14.
Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini menggantikan hukuman mati dan penjara sepanjang hayat terhadap 11 banduan yang disabitkan kesalahan mengedar dadah mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Hukuman terhadap tujuh banduan akhir termasuk dua warga Thailand digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun manakala empat lagi yang dihukum penjara sepanjang hayat digantikan kepada penjara seumur hidup.
Dua daripada mereka turut dikenakan 12 kali sebatan kerana berusia di bawah 50 tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan mendengar permohonan semakan itu dan membenarkan permohonan 11 individu tersebut.Mereka adalah kumpulan pertama banduan yang permohonan semakan didengar oleh panel Mahkamah Persekutuan hari ini.

Sebanyak 14 lagi permohonan semakan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here