Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024

Shah Alam, Nov 17.
Laluan Batang Kali-Genting Highlands dijangka dibuka kepada awam selewat-lewatnya Mei tahun depan, selepas ia dijadualkan siap pada Mac tahun yang sama.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata setakat ini, kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus.

“Kita telah bermula (proses pembaikan cerun) pada 28 Mei dan ia dijangka siap 29 Mac 2024. Selepas semua siap, kita akan pertimbang membuka kembali jalan ke Genting Highland itu.

“Kita turut meneliti kaedah teknikal yang sesuai dan mendapati reka bentuk TerraLink wall system paling sesuai dengan keadaan tempat (cerun) yang agak sempit,” katanya.

Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung status tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here