‘Kill Switch’ akan diguna jika langgar peraturan’ – Fahmi

Kuala Lumpur, Nov 22.
Konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dilengkapi ‘Kill Switch’ yang akan digunakan jika wujud sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan dipersetujui penganjur.

“Setakat ini perbincangan antara PUSPAL dan juga pihak penganjur (konsert Coldplay) sangat positif dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan band ini menzahirkan sokongan terhadap Palestin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here