Guru hilang simpanan bank, Tabung Haji RM259,000

Kota Bharu, Nov 25.
Seorang guru kehilangan wang simpanan dan akaun Tabung Haji berjumlah RM259,000 akibat terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai anggota polis.

Lelaki 53 tahun itu pertama kali dihubungi suspek pada 26 Okt lalu mendakwa dia terbabit aktiviti pengubahan wang haram. Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, suspek menghubungi mangsa dengan memperkenalkan diri dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). IPK Ipoh yang mendakwa guru itu terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

Mangsa diminta oleh pegawai penyiasat itu supaya memindahkan semua wangnya ke dua akaun yang diberikan.

Disebabkan percaya dan takut, guru berkenaan memindahkan semua wangnya ke dua akaun bank yang dikatakan dimiliki juruaudit Bank Negara bagi tujuan audit forensik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa melakukan 10 transaksi dari 30 Okt hingga 8 Nov lalu, sebelum menyedari wang itu tidak dikembalikan seperti dijanjikan.

“Satu laporan polis dibuat mangsa pada Khamis selepas RM259,000 wangnya ditipu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here