Dr Akmal ditahan bantu siasatan Akta Hasutan, Komunikasi – KPN

Kuala Lumpur, Apr.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Ketua Pemuda UMNO yang juga EXCO Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

Beliau berkata, Dr Akmal ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah pagi ini susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

“Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya tentang isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart,” katanya kepada BH .

Menurut Razarudin, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bagi membolehkan siasatan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here