168 orang dilantik menjadi Ahli Majlis PBT Negeri Sembilan

Seremban, Nov 30.
Seramai 168 orang dilantik menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuh daerah di Negeri Sembilan hari ini. Majlis itu berlangsung dihadapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminudin Harun. Beliau sempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. .

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Majlis terdahulu yang telah berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing serta memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat. Tahniah saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Majlis yang baru dilantik mulai 1 Disember 2023 dan selamat bertugas, beliau menyebut dalam ucapannya.

Beliau menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana ahli majlis yang dilaporkan terlibat dengan kesalahan jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Adalah menjadi harapan saya agar ahli majlis yang dilantik pada hari ini akan melaksanakan tugasan dengan baik dan penuh integriti. Saya yakin, status
ahli majlis akan menjadi sebagai satu entiti yang akan dihormati oleh rakyat kata beliau.

Ahli PBT yang dilantik itu terdiri daripada pelbagai parti seperti DAP, PKR dan MIC. Daripada MIC 7 orang dipilih untuk jawatan itu. Ketua Mic bagi bahagian Rasah R.Krishnan, Ketua Mic Port Dickson Letchumanan, Ketua Mic bahagian Kuala Pilah Mahendran, ketua bahagian Rembau Subramaniam, Ketua Mic bahagian Tampin Swamy Aiyappan, Ketua Mic bahagian Jempol Kaligaunder, Ketua Mic bahagian Jelubu P. Subramaniam dinamakan oleh Ketua Mic Negeri Sembilan Datuk V.S.Mohan bagi jawatan kounselor. Selain daripada itu Jamilah Ali, R. Thanabalan dari DAP dan peguam M.Thilagawathy dari PKR dilantik sebagai ahli PBT Majlis Perbandaran Seremban.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here