Uncle Kittu terharu dirai murid di hari terakhir bertugas

Ipoh, Dis 02.
“Warga Sekolah ini adalah seperti keluarga saya.” Itu luahan seorang pengawal keselamatan yang diraikan dalam majlis perpisahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera, Jalan Bercham di sini.

Rakaman video lelaki yang dipanggil ‘Uncle Kittu’ tular di media sosial hingga menyentuh jiwa netizen yang terharu melihat hubungan erat dijalin bersama murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 itu.

Menurut K. Kittu, 50, majlis perpisahan itu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan apabila diraikan bersama murid-murid dan guru-guru setelah berkhidmat selama enam tahun di sekolah berkenaan.Dia terpaksa berhenti kerana sekolah ini agak jauh untuk berulang-alik dari sana. Sekarang dia sudah berpindah ke Taman Seri Klebang dekat sini.

Saya tidak sangka majlis perpisahan yang diadakan sangat meriah dengan kehadiran murid-murid sekolah, katanya .

Kittu berkata, majlis perpisahan itu menyebabkan dia berasa terharu dan berat hati untuk meninggalkan tempat tugasnya itu. Saya menangis ketika murid-murid bersalam dan menerima banyak hadiah daripada mereka hingga penuh kereta.

Sementara itu, pelayar TikTok menggunakan akaun nina0_ mengakui Kittu seorang pengawal yang baik dan berasa sedih apabila lelaki itu berpindah.”Baik sangat…..kami ibu bapa pun sedih dia pindah apatah lagi murid-murid. Seorang guard yang sangat bertanggungjawab.

Pengguna akaun, AraMia rose pula mendakwa menangis menonton video tular tersebut.

“Pertama kali aku tengok sekolah buat majlis perpisahan dengan Pak Guard. Mesti Uncle Kittu ni baik sangat-sangat sampai nangis aku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here