Budak 6 tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga

Kuala Lumpur, Dis 05
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata mangsa warga tempatan telah dihantar ke Hospital Tunku Azizah di sini dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 3.40 petang.Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga, katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata siasatan awal mendapati kira-kira 11.30 pagi pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik ketika bapa mangsa keluar untuk membeli makanan.

“Pada 2.30 petang, bapa mangsa telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas balik ke rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here