Mayat ditemui dalam simen, lelaki warga asing direman tujuh hari

Kuala Lumpur, Dis 05.

Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen dalam kolah air di sebuah rumah sewa di Pandamaran, Klang, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid di Mahkamah Majistret Klang hari ini selepas membenarkan permohonan dikemukakan polis di Mahkamah Majistret hari ini.

Seorang lelaki warga asing ditahan polis susulan penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata polis juga sudah mengenal pasti dua suspek lelaki yang yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Polis kini sedang dalam tindakan mengesan kedua-dua suspek terbabit yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh,” katanya dalam kenyataan malam tadi, menurut .

Terdahulu Hussein berkata, berdasarkan hasil siasatan, pemilik rumah itu yang merupakan lelaki tempatan memaklumkan kolah itu disimen sejak 2021 ketika dua warga India menetap di situ.

Katanya, dua warga India itu berpindah dari rumah berkenaan, rumah terbabit kemudian disewa oleh dua individu berbeza.

“Baru-baru ini pemilik rumah berkenaan mendapat tahu daripada penghuni kawasan (perumahan) berkenaan yang memaklumkan terdapat mayat ditanam di dalam kolah.

“Pemilik rumah yang tidak sedap hati berkaitan perkara itu, kemudian meminta penyewa (terkini) rumah berpindah lalu membuat laporan polis,” katanya.

Pasukan bomba yang dihubungi kemudiannya melakukan kerja pemecahan simen sebelum menemukan satu mayat wanita dewasa.

Mayat terbabit berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here