Kerajaan Madani tawar lebih 5,000 peluang kerja

Kuala Lumpur, Dis 8.
Lebih 5,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada rakyat menerusi karnival kerjaya diadakan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini.

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu) Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Jefry Aziz @ Adan, berkata karnival kerjaya itu disertai 63 syarikat swasta dan disokong Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara syarikat swasta terlibat ialah Affin Group, CIMB, SME Bank, Malaysia Airports, Sime Darby Plantation , Pilot Group, SME Aerospace Sdn Bhd, Senheng, Prolintas Group of Companies dan Ladada Logistics dan Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Jefry berkata, selain peluang pekerjaan, program juga menawarkan pelbagai hadiah menarik dalam slot cabutan bertuah setiap hari termasuk tiket penerbangan ke Dubai, Istanbul dan negara di Asia Tenggara.Penganjuran program bermula 9 pagi hingga 10 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here