Anwar -Muhyiddin – Hamzah “Agenda Reformasi”

Pimpinan pusat dan anggota parlimen PKR bersetuju untuk memberi ruang dan kebebasan yang secukupnya kepada presiden parti, Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sesiapa sahaja dalam usaha mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Ketua Whip PKR, Johari Abdul, keputusan ini dibuat setelah PKR bertekad untuk menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.

“Kita putuskan untuk bagi ruang, bincanglah dengan sesiapapun untuk dia (Anwar) bawa balik kerajaan PH termasuk Mahathir,” katanya.

Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani turut mengesahkan bahawa Anwar sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa pemimpin di “blok sebelah”.

Kata Johari, Anwar memaklumkan perkara itu pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR yang dibuat secara dalam talian pagi ini.

Antara nama pemimpin yang disebut termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan pemimpin kerajaan Sarawak.

Namun, DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama mereka untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak berjaya mendapat sokongan diperlukan bagi membentuk kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here