Hujan, ribut petir mulai hari ini hingga Rabu

Kuala Lumpur, Nov 11.
Kebanyakan negeri di seluruh negara diramal hujan dan ribut petir bermula hari ini sehingga Rabu.

Ia berdasarkan jadual ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di laman X rasminya hari ini.

Mengikut ramalan, hari ini hujan dijangka pada satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sebelah pagi.

Sebelah petang nanti, ribut petir diramal pada satu dua tempat di ibu kota dan Putrajaya, selain di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here