Jaclyn juara All Stars Gegar Vaganza

Kuala Lumpur, Dis 11.
Bekas juara Gegar Vaganza musim kesembilan, Jaclyn Victor, 45, menjuarai program realiti All Stars Gegar Vaganza pada konsert akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Jaclyn menerima hadiah wang tunai RM200,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

Pada persembahan itu, pemilik vokal mantap itu menyanyikan lagu When You Believe dendangan asal Mariah Carey dan Whitney Houston.

Jaclyn turut berduet dengan Datuk Jamal Abdillah menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan, manakala untuk segmen battle, bekas juara Malaysian Idol musim pertama itu mendendangkan lagu Let’s Kill This Love dendangan asal kumpulan Blackpink.

Semua finalis pula masing-masing menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here