Ayer Tawar, Dis 15.
Sekolah SRJK (T) Ladang Ayer Tawar, di Perak dibina pada tahun 1938. Ia sudah lepas 84 tahun dalam perkhidmatan pengajaran.
Selepas kemerdekaan tanah sekolah ini tukar tangan ke tangan selama 65 tahun. En Yek Dong Bing membeli tanah ini pada 30 tahun lepas. Semasa beliau menjadi pemilik tanah ini, sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil sudah berada di kawasan tersebut.
Yek Dong Bing, yang murah hati membiarkan sekolah itu meneruskan perkhidmatannya di situ dan beliau tak pernah kutip sewa se sen pun untuk itu. Selain dari itu dia bagi cukai tanah untuk kawasan setengah ekor yang sekolah itu didirikan. Orang yang berusia 78 tahun sekarang itu bertekad menolong budak budak India mempelajari bahasa ibunda mereka.
Tahun demi tahun bilanganmurid di sekolah ini meningkat. Yek Dong berhasrat untuk menjual kawasan itu kepada pihak sekolah. Pihak pentadbiran sekolah bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) berusaha dengan penuh semangat untuk membeli tanah kawasan sekolah itu.
Pada mulanya pihak Yek Dong menyatakan harga Rm400 ribu untuk kawasan itu. Selepas berunding bersama pihak pentadbir sekolah beliau sudah kurangkan Rm50 ribu dari jumlah itu. Orang ramai menghulurkan bantuan duit melalui kutipan derma. Lagi Rm 50 ribu dikurangkan setelah seorang kawan karib Yek Dong berunding samanya bagi pihak sekolah itu. Kawan karib itu adalah seorang peniaga bernama Chinnadurai.
Sekarang wang keseluruhan untuk pembelian sekolah itu sudah menjadi Rm300 ribu. Akhirnya cek berjumlah Rm 300.000 itu diberi kepada Yek Dong di pejabat Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham. Kos perbelanjaan untuk dokumentasi pembelian tanah itu ditanggung oleh Datuk Ngeh Koo Ham. Selain dari itu beliau juga memperuntukkan RM50,000 khas untuk membina padang sekolah itu. Sekarang sekolah itu sudah mempunyai gran sendiri dengan pemilikan tanah itu.
Pihak pentadbiran sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada masyarakat seluruh Malaysia yang menghulurkan duit derma bagi hasrat memiliki tanah persendirian bagi SRJK (T) Ayer Tawar.



















