Pengunjung yang mahu ke Langkawi tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nancy Shukri. Pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu akan dibuka kepada pengunjung lengkap divaksinasi dari semua negeri bermula 16 September.
Sebelum ini dilaporkan, pengunjung yang bercuti merentas negeri mesti menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi. Dua perkhidmatan feri tambahan akan dibuka di Kuala Perlis dan penumpang mesti menunjukkan bukti sudah divaksinasi ketika membeli tiket dan memasuki ruang berlepas.













