Berhenti cari alasan – Rafidah Aziz

“Sebarang cubaan untuk mengisytiharkan darurat dengan alasan untuk mengawal penularan COVID-19 adalah satu tindakan yang dilihat sangat drastik.” Kata Tan Sri Dr Rafidah Aziz.

Tambahan pula, jelas bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu, amalan penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka di tempat awam, dan sanitasi semua sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian.

Rakyat masih boleh menerima sekiranya Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini, kerana ia adalah selari dengan amalan negara-negara lain.

Sebarang cubaan untuk mengisytiharkan darurat dengan alasan untuk mengawal penularan COVID-19 adalah satu tindakan yang dilihat sangat drastik.

“Rakyat boleh terima PKP, PKPB dan sebagainya, bersekali dengan amalan dunia mengenai penjagaan jarak, penggunan topeng muka dan sanitasi kerana ini adalah langkah yang perlu diambil untuk menghalang penularan. Kita sudah tujuh bulan lalui kesemua ini.

“Tetapi pengisytiharan darurat bukan sahaja memberi kesan kepada Parlimen, dan proses demokrasi…ia seolah-olah menggunakan bom untuk menghapuskan tikus di loteng rumah. Seluruh rumah akan musnah,” katanya lagi dalam catatan di Facebook beliau.

Rafidah berkata, Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan alasan COVID-19 untuk terus mencari jalan berpegang kepada kuasa.

“Rakyat sudah letih dan jelak dengan politik yang kotor dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli politik.

“Kini adalah masanya untuk merangka pelan bagi mengurangkan impak pandemik, dan ianya perlu melibatkan semua pemegang taruh,” katanya lagi.

Rafidah berkata, kerajaan perlu mula bekerja untuk rakyat dan negara, bukan lagi berura-ura melakukan darurat atau sebagainya.

Jika itu tidak mampu dilakukan, Rafidah berkata, lebih baik kerajaan sedia ada meletak jawatan dengan segera.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here