Roti canai makanan kedua terbaik dunia – TasteAtlas

    Kuala Lumpur, Dis 21.
    Roti canai sekali mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenarai menduduki tangga kedua makanan terbaik di dunia.

    Panduan pengalaman perjalanan untuk makanan tradisional, TasteAtlas, melalui laporan ‘100 Best Dishes in The World Awards 23/24’ dikeluarkannya, meletakkan hidangan sarapan pagi Malaysia yang popular itu pada tempat kedua.

    Mereka juga menamakan restoran Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju sebagai tempat yang menyediakan roti canai ‘paling ikonik’.

    Mendahului roti canai di tempat teratas adalah ‘picanha’, sejenis potongan daging lembu Brazil.Pada September, TasteAtlas juga meletakkan roti canai sebagai roti terbaik dunia. Ia mengalahkan 49 jenis roti lain untuk dinobatkan sebagai ‘Roti Terbaik di Dunia’.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here