Najib, anak kena bayar dulu cukai pendapatan RM1.7 bilion – Mahkamah Persekutuan

Putrajaya, Okt 16.
Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Nazifuddin Najib, untuk membatalkan penghakiman terus bagi menyelesaikan kira-kira RM1.7 bilion cukai pendapatan yang belum dibayar kepada kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim, Nallini Pathmanathan, berkata “prinsip bayar dahulu, berbincang kemudian” tetap berkuat kuasa dan sesiapa yang berhutang kepada LHDN, mesti menyelesaikan jumlah tertunggak sebelum merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

“Mengutip cukai adalah fungsi berdaulat kerajaan,” katanya dalam keputusan sebulat suara panel lima hakim, seperti dilaporkan portal FMT.

Beliau dilaporkan berkata, Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan diwartakan Parlimen membolehkan pemulihan cukai secara tepat pada masanya dan bukan menangguhkannya. Nallini berkata, bahawa Seksyen 106(3) adalah berperlembagaan kerana ia tidak melanggar Perkara 5, 8 dan 121 Perlembagaan Persekutuan.

Najib dan Nazifuddin mendakwa bahawa penghakiman terus yang diperoleh terhadap mereka menafikan hak mereka kepada perbicaraan yang adil, kesamarataan di bawah undang-undang, dan menjadikan badan kehakiman untuk mengesahkan keputusan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here