Kuala Lumpur, Dis 26.
Tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian membabitkan wang tunai RM85,000 disambung reman selama empat hari sehingga Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Kita terus buat siasatan selepas menerima maklumat insiden membabitkan tiga anggota dan menahan semua mereka. Jadi tiada isu hendak lindungi pegawai atau anggota kita (polis), kita tidak akan bertolak ansur, kalau ada pegawai yang ditahan dan dituduh, kita akan menjalankan siasatan.