Kuil dilanda banjir kilat, 17 diselamat bomba

Johor Bahru, Jan 26.
Seramai 17 penganut Hindu yang sedang membuat persiapan sambutan Thaipusam di sebuah kuil di Kampung Kangkar Tebrau Kiri di sini diselamatkan anggota bomba selepas kuil berkenaan dilanda banjir kilat malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau Pegawai Bomba Kanan I Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.13 malam sebelum lapan anggota dan jentera digerakkan ke Kuil Sri Muniswarar Maha Mariamman.

“Semalam, hujan lebat sepanjang hari menyebabkan air naik hingga ke paras 3m sebelum pihak pengurusan kuil menghubungi bomba. Kawasan itu memang sering banjir khususnya ketika hujan berpanjangan.

“Terdapat 17 mangsa terperangkap dalam kuil, dan anggota bomba memindahkan mereka ke tempat selamat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi menyelamatkan mangsa terperangkap, terdiri daripada lapan lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, tamat pada 11.53 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here