Beruang matahari muncul di rumah

Jertih, Dis 28
Seorang mekanik di Kampung Padang Tapong di sini terkejut melihat kehadiran seekor beruang matahari dalam kawasan rumahnya pada malam Isnin lalu.

Mohd Azmi Nazir, 43, mendapati beruang bersaiz besar dengan kuku yang panjang itu berada di belakang rumahnya pada pukul 10.30 malam, sebaik dia pulang dari rumah ibunya yang terletak di kampung sama.

Sebaik dia sampai di rumah dengan menaiki kereta bersama isteri dan dua anak, dia terdengar bunyi sesuatu di stor belakang rumah.

“Saya terkejut sebaik menyuluh ke arah stor tersebut sebelum nampak dengan jelas seekor beruang berkuku panjang sedang menyelongkar tong berisi makanan kucing yang disimpan di situ.”Beruang tersebut tidak menghiraukan saya sebaliknya ia terus makan makanan kucing tersebut sehingga habis,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya semalam.

Mohd Azmi berkata, sebaik sahaja melihat kelibat beruang dewasa itu dia terus meluru masuk ke dalam rumah kerana bimbang keselamatan diri. Katanya, dia hanya memerhatikan beruang itu menerusi tingkap rumah sebelum haiwan itu dilihat meninggalkan kawasan rumahnya kira-kira sepuluh minit kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here