Kuala Lumpur, Dis 28.
Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua mereka yang bergelar ‘Tun’ termasuk beliau sendiri disiasat dan ditahan reman jika gagal menjelaskan sumber pendapatan.
Saya bersetuju sepenuhnya bahawa Tun perlu disiasat. Jika mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus disita.
Tidak perlu mendapatkan dokumen bukti mengenai salah laku mereka. Syak wasangka sahaja sudah memadai. Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka. Jika tidak, itu pasti kerana mereka sembunyikan,” katanya sinis dalam hantaran di Facebook.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.