Lubang Bahaya Di Jalan Bandar Teknology Seksyen 2 Menimbulkan Keresahan

(M. Anba)
Kajang, Dis. 30-

Semasa musim hujan, air bertakung di jalan berlubang menyebabkan ancaman kemalangan besar kepada kenderaan yang melalui jalan di sekeliling Taman Teknologi Bandar di Seksyen 2 berlubang.

Oleh kerana lokasi itu mempunyai banyak kilang, lebih banyak kenderaan berat bergerak melalui di kawasan ini. Disebabkan terlalu sebuk dengan laluan kenderaan berat, jalan raya di kawasan ini sering mengalami rosakan.

Parameshwara Rao Lakshmanan berkata bahawa banyak lubang lubang di jalan-jalan menjadi ancaman kemalangan kepada penguna jalan raya terutama nyawa pemandu motosikal .

Terutamanya amat berisiko pada waktu malam. Berikutan kekurangan lampu jalan di beberapa tempat di jalan raya juga meningkatkan risiko. Manakala pada musim hujan pula, kenderaan terdedah kepada kemalangan akibat banjir. Tayar keretanya mengalami keroskkan teruk kerana jalan yang berlubang lubang itu.

Prakash Govindan, Gunaseelan Ravi, Darence Devan Jayaseelan dan Dinesh Verma Thuraisingam mengesa bahawa masalah itu harus diselesaikan dengan cepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here