Lebih 100,000 pendaftaran PADU berjaya dilakukan dalam 24 jam – DOSM

Kuala Lumpur, Jan 03.
Lebih 100,000 pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah berjaya dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam peluncurannya.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, meskipun bilangan trafik melalui laman web PADU adalah tinggi, kesemua jumlah pendaftaran yang berjaya dilakukan merangkumi pendaftaran dalam talian.

“Setakat ini, kita telah mencapai lebih 100,000 para pengguna yang berjaya mendaftar dalam sistem PADU, ini dilakukan majoritinya secara kendiri atas talian,” katanya ketika di temubual.

Menurut Mohd Uzir, cabarannya ketika ini adalah bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang tercicir dalam tempoh tiga bulan pendaftaran ini dibuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here