Kuala Lumpur, Jan 6
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai hidupan liar, ubat palsu dan minyak diesel bersubsidi yang cuba diselewengkan, dianggarkan bernilai lebih RM21.9 juta dalam operasi khas bermula 1 Januari lalu hingga hari ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata sepanjang operasi itu, pihaknya turut menahan 15 individu bagi membantu siasatan.
Katanya, sepanjang tempoh itu, sembilan operasi dan serbuan dilancarkan pihaknya menerusi Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas .
Antara lokasi serbuan adalah di Klang, Selangor; Seremban, Negeri Sembilan; Wang Kelian, Perlis dan Sepang, Selangor.





















