1,000 kekosongan jawatan bomba akan diisi

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pengambilan bulan Mac itu melibatkan 250 orang, manakala 750 lagi pada Jun dan kesemua mereka akan mengikuti Kursus Sijil Sains Kebombaan selama empat bulan setengah di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di Marang, Terengganu.

Katanya, semua pengambilan itu merupakan sebahagian jawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sehingga tahun 2020 dan kekosongan antara lain disebabkan persaraan serta penubuhan balai bomba baharu.

“Kita percaya penerimaan 1,000 pegawai bomba gred KB19 ini akan mengisi penuh kekosongan jawatan di peringkat balai, zon dan negeri dan mereka ini adalah pegawai di barisan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JBPM Wilayah Utara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan pelbagai kaum dan latar belakang untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here