Inspektor R. Kunes Raw meninggal dunia, rebah selepas majlis ikrar

George Town, Jan 9.
Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Majlis Bacaan Ikrar Dadah dan Rasuah anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri di sini hari ini.

Mendiang Inspektor R. Kunes Raw, 35, dikatakan ditemui rebah dalam tandas IPK selepas majlis itu sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin, ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan, selain menyifatkan mendiang seorang pegawai yang berdedikasi serta rajin dalam melaksanakan tugas.

“Kehilangan mendiang Kunes satu kehilangan buat Polis Pulau Pinang.”Mendiang meninggalkan balu serta dua orang anak perempuan dan kita juga merakamkan ucapan takziah keluarga keluarga beliau,” katanya di sini.

Terdahulu, Kok Chin bersama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais menziarahi keluarga mendiang di Hospital Pulau Pinang (HPP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here