Festival Hari Tamil Negara Luar 2024 Bertemakan ‘Tamil Vellum’ Di Chennai 58 negara mengambil bahagian

(Rameshwari Raja)

Chennai, Jan. 12-

Festival Hari Tamil Negara – negara luar dari India 2024 telah bermula semalam di Nandambakkam, Pusat Dagangan Chennai bagi tahun ke-3 di bawah tema ‘Tamil Menang’. Rakyat keturunan Tamil di 58 negara utama serata dunia seperti, negara negara termasuk Malaysia, Sri Lanka, Australia, Singapura, Dubai, England, Amerika Syarikat datang menyertai acara dua hari ini.

Mereka dari kalangan menteri, ahli akademik, penyair, penulis dan sebagainya. Menteri Kebajikan dan Pembangunan Sukan Belia Tamil Nadu Udhayanidhi Stalin merasmikan majlis pada hari pertama, itu dan menyampaikan ucaptama. Beliau juga merasmikan lebih daripada empat puluh dewan pameran untuk rakyat Tamil negara luar . Menteri Kebajikan Minoriti, Kebajikan Tamil Luar Negara, Senji K. Mastan menjadi tetamu utama dalam acara perasmian itu. Presiden Lembaga Kebajikan Warga Tamil Luar Negara Karthikeya Shivsenadhipathy, menyampaikan ucaptamu dalam acara hari pertam ini.

Lebih 1,400 orang yang tinggal di negara asing telah menyertai persidangan ini. Daripada jumlah itu, 218 adalah warga Tamil dari Persatuan Tamil Antarabangsa dan 48 Persatuan Tamil dari peringkat Negeri .
Pelancaran buku Tamil dari Tamil negara asing pun diadakan sebagai acara khas untuk menandakan ulang tahun Kalainyar . Buku-buku pengarang Malaysia pun menghiasi majlis itu. Empat perbincangan dan sebuah forum puisi dari karyawan Malaysia berlangsung di situ.

Pakar komputer dari Malaysia Muthu Nedumaran mengambil bahagian dalam perbincangan itu dan berkongsi pandangannya.

Sesi pertama dipengerusikan oleh Menteri Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Arkeologi Thangam Tennarasu di mana pakar-pakar dari bidang itu berkongsi pandangan mereka tentang Kesinambungan-Kesinambungan Bahasa Tamil.

Ini diikuti dengan forum puisi dengan tema: Dari Lembah Indus kepada Kecerdasan Buatan – Pemikiran dan Pandangan Berwawasan, dipengerusikan oleh Kavi Perarasu Vairamuthu.
Kemudian, di bawah pimpinan Ahli Parlimen Kalanithi Veerasamy, butiran skim kebajikan seperti kad pengenalan, kemudahan insurans, skim bantuan perkahwinan dan skim kebajikan lain untuk kerajaan Tamil Nadu bagi Tamil Nadu telah berlangsung.

Acara seterusnya termasuk perbincangan mengenai Masa Depan Cerah – Peluang dan Cabaran dan Tamil dalam Perniagaan – Peluang dan Pertumbuhan mengambil bahagian.

Timbalan Menteri M. Kulasekaran, Bekas Menteri Kesihatan Tan Sri N. Subramaniam, Bekas Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berserta orang bernama lain dari Malaysia mengambil bahagian dalam acara hari pertama ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here