Ibu bapa maut elak babi melintas – 5 anak jadi yatim piatu

Sungai Petani, Jan 12.
Lima adik beradik menjadi yatim piatu dalam sekelip mata, selepas ibu bapa mereka meninggal dalam kemalangan, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Mohd Norzianal Mohd Ainol, 46, dan isterinya, Suhana Othman, 43, meninggal dunia selepas motosikal jenis Duke KTM yang dinaiki mereka melanggar tiang elektrik dipercayai cuba mengelak babi melintas bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, dekat sini.

Pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Fatin Hanani, 23 yang juga anak sulung pasangan itu berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa ibu bapanya selepas dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah sewa mereka di Taman Pahlawan yang tidak jauh dari lokasi pada jam 1 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here