7 garis panduan untuk data peribadi

Putrajaya, Jan 16.
Tujuh garis panduan baharu berkaitan perlindungan data peribadi, akan dibangunkan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709), selaras keperluan dalam era digital, inovasi dan teknologi kini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata garis panduan terbabit akan dibangunkan dengan kerjasama Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) dan syarikat bawah Kementerian Kewangan, Futurise Sdn Bhd (Futurise).

Ia membabitkan Garis Panduan Notifikasi Ketirisan Data Peribadi, Garis Panduan Pegawai Perlindungan Data, dan Garis Panduan Hak Mudah Alih Data.

Selain itu, Garis Panduan Mekanisme dan Pelaksanaan, Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data, Garis Panduan Mereka Bentuk Berdasarkan Privasi, serta Garis Panduan Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here