Johor Bahru, Jan 22. Akibat tertekan kerana putus cinta, seorang lelaki warga asing berkelakuan janggal berbogel di tempat awam di Permas Jaya, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada penjaga kaunter hotel berusia 26 tahun.
Katanya, suspek ditahan polis di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan teman wanitanya. “Siasatan awal mendapati suspek tiada masalah mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular video berdurasi 3 minit 57 saat memaparkan seorang lelaki melintas jalan dalam keadaan berbogel namun ditahan dua lelaki.
























